PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

๐Š๐”๐‘๐’๐”๐’ ๐Š๐„๐๐„๐†๐€๐‘๐€๐€๐ ๐Œ๐€๐‹๐€๐˜๐’๐ˆ๐€ ๐Œ๐€๐ƒ๐€๐๐ˆ: ๐๐€๐ƒ๐ˆ ๐™๐Ž๐ ๐๐€๐‡๐€๐๐†

๐Ÿ๐Ÿ‘-๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Œ๐ž๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐ˆ๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ญ ๐Š๐ž๐ฆ๐š๐ฃ๐ฎ๐š๐ง ๐๐ž๐ค๐ž๐›๐ฎ๐ง ๐Š๐ž๐œ๐ข๐ฅ ๐๐š๐ก๐š๐ง๐ 

Kursus Kenegaraan Malaysia MADANI anjuran Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) telah diadakan dengan kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di bawah Suruhanjaya Kominukasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Kursus yang membawa tema โ€œMembina Negara Bangsaโ€ telah membincangkan hala tuju dan peranan generasi muda terutama pengurus NADI dalam membina kepimpinan masa depan negara.

Kursus ini telah dirasmikan oleh YB. Tan Sri Dato’ Dr. Johari bin Abdul, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat dan isteri YBhg. Puan Sri Datin Noraini binti Mohd. Turut dihadiri oleh YBrs. Ts. Mohd Syukri Jamaluddin, Pengarah MCMC negeri Pahang dan YBrs. Encik Mohd Kamal bin Mohd Affandi, Pengarah AKM negeri Pahang.
Peserta Kursus terdiri daripada 114 orang peserta yang merupakan Pengurus NADI dari negeri Pahang.

Dalam era digital masa kini, Kursus ini turut menekankan peranan media digital dalam membentuk naratif kepimpinan baharu. Media sosial dan teknologi komunikasi bukan sekadar alat penyampaian maklumat, tetapi juga wadah strategik bagi memperkasa suara anak muda, memperluas wacana kenegaraan, dan memupuk semangat kenegaraan.

Berita Berkaitan