Sebanyak 3 pasukan telah bertanding bagi merebut tempat ke peringkat seterusnya:
Setiap pasukan telah mempamerkan strategi permainan yang tersusun, kemahiran individu yang hebat serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Pertandingan yang dijalankan secara kalah mati ini turut memberi peluang kepada para peserta untuk mengasah bakat dalam bidang e-sukan selain mengeratkan hubungan sesama komuniti.
Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian dan memberikan komitmen yang terbaik sepanjang program berlangsung. Semoga aktiviti seperti ini dapat terus mencungkil bakat baharu dalam arena e-sukan serta memupuk semangat kerjasama, disiplin dan persaingan sihat dalam kalangan belia komuniti.


