Pada 10 September 2026, telah berlangsung EDUTIPS Siri 3 melalui siri video pendek Program Khas NADI Tuisyen Rakyat dengan topik Teknik Pomodoro. Program ini disertai oleh 3 orang peserta yang diperkenalkan dengan kaedah belajar secara lebih teratur melalui teknik 25 minit fokus dan 5 minit rehat. Peserta turut didedahkan kepada langkah pelaksanaan Teknik Pomodoro, pelarasan masa mengikut jenis subjek seperti Pengiraan, Hafalan dan Penulisan, serta tips mengelakkan gangguan media sosial dan mengatasi rasa malas ketika belajar. Program ini memberi pendedahan kepada peserta tentang cara mengurus masa belajar dengan lebih berkesan dan membantu meningkatkan fokus semasa pembelajaran.

E-SUKAN: PERATURAN, PENALTI & FAIR PLAY DALAM MLBB
KELAS NADI E-SUKAN (LMS) Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Dimaklumkan bahawa kelas kesedaran dalam LMS NADI

