Program eKelas Usahawan telah diadakan di NADI Kampung Jawa pada 2 Ogos 2026 (Ahad) bermula jam 10.00 pagi dengan penyertaan seorang peserta. Program ini melibatkan Modul 3: AI Untuk Mencipta Kandungan dan Modul 4: Mengurus & Mengukur Keberkesanan Pemasaran Digital. Melalui Modul 3, peserta didedahkan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) bagi membantu menghasilkan kandungan pemasaran yang lebih kreatif, menarik dan berkualiti untuk platform digital. Seterusnya, Modul 4 memberi pendedahan tentang kaedah mengurus strategi pemasaran digital serta mengukur keberkesanan kempen melalui analisis prestasi dan data. Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran usahawan dalam memanfaatkan teknologi digital bagi memperkukuh pemasaran perniagaan, sekali gus membantu mereka mengembangkan perniagaan secara lebih efektif dan berdaya saing.

KEMPEN INTERNET SELAMAT – WEBINAR INTERNET SELAMAT: KOMUNIKASI SIHAT DI ALAM SIBER
WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT KOMUNIKASI SIHAT DI ALAM SIBER Tarikh: 8 Mac 2026 (Ahad) Rakaman

