Program Kidsventure Live Webinar 16 yang bertemakan Operasi Perniagaan telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan pelajar dari Kampung Jawa. Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas pengurusan operasi dalam perniagaan, termasuk kepentingan perancangan, pengurusan sumber serta pelaksanaan aktiviti perniagaan yang sistematik dan berkesan.
Program ini telah disampaikan oleh Puan Azlinda selaku tenaga pengajar, manakala sesi webinar dikendalikan oleh SSO Keusahawanan. Diharapkan ilmu yang diperoleh dapat meningkatkan pengetahuan serta minat peserta dalam bidang keusahawanan sejak usia muda.
โจ Terima kasih kepada semua peserta yang telah hadir dan memberikan komitmen sepanjang program berlangsung. Semoga program seperti ini dapat memberi manfaat serta inspirasi kepada generasi muda untuk terus meneroka dunia perniagaan. ๐๐๐ผ

