PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

KIDSVENTURE WEBINAR OPERASI PERNIAGAAN

Program KidsVenture Live Webinar 22 (Operasi Perniagaan) telah diadakan pada 1 Ogos 2026 (Sabtu) dari 10.00 pagi hingga 11.30 pagi secara dalam talian dengan penyertaan 4 orang peserta dari NADI Kampung Jawa. Program ini melibatkan Kumpulan 1 yang merangkumi negeri Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Sesi webinar telah disampaikan oleh Encik Mohd. Syahril Bin Kamarudin dengan bantuan SSO Keusahawanan sebagai hos. Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta mengenai aspek operasi perniagaan, termasuk pengurusan operasi yang sistematik, penyusunan proses kerja, serta amalan terbaik dalam mengendalikan sesebuah perniagaan. Melalui sesi ini, peserta dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran keusahawanan bagi membantu mereka mengurus perniagaan dengan lebih cekap, teratur dan berdaya saing.

Berita Berkaitan