Dr. Nor Azirah binti Salahuddin
Pensyarah Perubatan & Pakar Otorinolaringologi / ORL-HNS
Pada 3 Julai 2026, jam 10.30 pagi, telah berlangsung sesi perkongsian bertajuk “Sleep Apnea: Berdengkur Kuat, Tapi Badan Tak Pernah Cukup Rehat” yang disertai oleh seramai 2 orang peserta. Program ini bertujuan memberi pendedahan mengenai masalah sleep apnea, tanda-tanda awal, punca serta kesannya terhadap kesihatan jika tidak dirawat. Peserta turut didedahkan kepada kepentingan mendapatkan pemeriksaan awal dan mengamalkan gaya hidup sihat bagi mengurangkan risiko serta meningkatkan kualiti tidur dan kesihatan secara keseluruhan.


