Program Webinar Kempen Internet Selamat bertajuk “Cyber Trap: Rahsia Di Sebalik Skrin” telah berjaya dilaksanakan secara atas talian melalui platform NADI Book pada 6 Jun 2026. Seramai 5 orang peserta telah menyertai sesi perkongsian ini.
Webinar ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan menjaga keselamatan diri di alam siber, termasuk cara mengenal pasti tanda-tanda cyber grooming, penipuan dalam talian (scam) serta amalan penggunaan internet yang selamat dan bertanggungjawab.
Diharapkan program ini dapat meningkatkan kesedaran masyarakat, khususnya golongan muda, agar lebih berwaspada terhadap ancaman digital yang semakin berkembang. Terima kasih kepada semua peserta yang telah meluangkan masa untuk menyertai program ini. Semoga ilmu yang diperoleh dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.
๐ Tidak semua yang muncul di skrin itu selamat. Jadilah pengguna internet yang bijak, berhemah dan sentiasa peka terhadap keselamatan siber. ๐ป๐โจ

