Alhamdulillah, selesai sudah Program Senaman Sihat MADANI Merdeka 2026 bersama coach senaman yang berpengalaman yang telah berlangsung dengan penuh meriah & mendapat sambutan yang menggalakan di NADI Kampung Jawa dengan kolaborasi dari JPKK, KOSPEN KG JAWA, KRT Sg Meranti dan Persatuan WI 
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dan tak lupa juga kepada 127 orang komuniti yang hadir dan bersama-sama memeriahkan program ini. 
Bukan sekadar beriadah dan menyihatkan tubuh badan, program ini turut menjadi wadah mengeratkan silaturahim, memupuk semangat perpaduan serta menyemarakkan semangat patriotik sempena Bulan Kemerdekaan. 
Jom terus amalkan gaya hidup sihat, aktif dan saling menyokong dalam membina komuniti yang lebih harmoni. 
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 


