PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

SENAM SIHAT MADANI MERDEKA

🇲🇾❤️ SENAM SIHAT MADANI MERDEKA 2026

Alhamdulillah, selesai sudah Program Senaman Sihat MADANI Merdeka 2026 bersama coach senaman  yang berpengalaman yang telah berlangsung dengan penuh meriah & mendapat sambutan yang menggalakan di NADI Kampung Jawa dengan kolaborasi dari JPKK, KOSPEN KG JAWA, KRT Sg Meranti dan Persatuan WI 🎉💪

Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang terlibat dan tak lupa juga kepada 127 orang komuniti yang hadir dan bersama-sama memeriahkan program ini. 🥰🙌

Bukan sekadar beriadah dan menyihatkan tubuh badan, program ini turut menjadi wadah mengeratkan silaturahim, memupuk semangat perpaduan serta menyemarakkan semangat patriotik sempena Bulan Kemerdekaan. 🇲🇾✨

💪 Badan sihat, hati ceria!
🤝 Komuniti bersatu, negara sejahtera!
🇲🇾 Semangat Merdeka terus membara!

Jom terus amalkan gaya hidup sihat, aktif dan saling menyokong dalam membina komuniti yang lebih harmoni. ❤️
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾🎉

Berita Berkaitan