PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL (NADI)

Dikendalikan oleh

maxis

WEBINAR KEMPEN INTERNET SELAMAT DIGITAL PARENTING: BIMBING ANAK DI DUNIA DIGITAL

Webinar Digital Parenting telah diadakan pada 3 September 2026 (Khamis), dari jam 10.00 pagi hingga 11.00 pagi secara atas talian melalui NADI Book dengan penyertaan seramai 6 orang. Webinar ini memberi pendedahan kepada ibu bapa tentang cara melindungi anak daripada ancaman siber dan kandungan tidak sesuai, di samping memahami peranan ibu bapa dalam membimbing anak menggunakan internet dengan selamat. Peserta turut didedahkan kepada kepentingan komunikasi positif bersama anak dalam dunia digital serta amalan penggunaan internet yang sihat, selamat dan bertanggungjawab. Program ini terbuka kepada semua ahli NADI secara percuma dan sijil digital turut disediakan. Webinar ini memberi manfaat dalam membantu ibu bapa meningkatkan kesedaran dan kemahiran untuk mendidik, membimbing serta melindungi anak-anak dalam persekitaran digital.

Berita Berkaitan